Sunday, December 18, 2011

QuL HasbiyaLLah . . .


QUL HASBIYALLAH . . . . "cuKupLah ALLAH baGiKu . . . "

aku tetap TERTAWA walaupun sebenarnya aku ingin MENANGIS . . . aku tetap TERSENYUM walaupun sebenarnya aku KECEWA . . . aku tetap KUAT walaupun sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi . . . aku tetap SEMANGAT walaupun aku TERTEKAN oleh masalah . . . dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik sahaja walaupun sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA . . . . 




ya Allah, Kau Maha Mengetahui segala galanya . . . bila kehadiranku mengganggu hatinya, tidak membawa kebaikan padanya, maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka . . . bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya, maka Kau jauhkanlah aku darinya . . . bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa . . . bila aku bukan yang terbaik, bila aku bukan yang tercatat dalam takdir, dan bila dia berhak kepada yang lebih baik, maka jarakkan kami, pisahkan kami . . . jangan menangisi perpisahan, kelak DIA akan gantikan dengan seseorang yang telah tercatat dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat . . .

hidup ini susah kita nak duga . . . kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH . . . walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI . . . mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tak tahu apa makna senyumannya . . . bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI . . . .



 sekuat mana saya setia, sehebat mana saya merancang, sejauh mana saya menunggu, sekeras mana saya bersabar, sejujur mana saya menerima awak . . . jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama . . . 
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang . . . dan sebaik baik yang merancang itu adalah ALLAH S.W.T.

Qul hasbiyallah, , , Allah tidak pernah membuatku kecewa melainkan manusia yang hadir dalam kehidupanku, cukuplah hanya Allah untukku kerana penantian untuk manusia yang aku tidak pasti kehadirannya hanyalah sia sia bagiku . . . 

wassalam, 
::Nurafiqah::




Tuesday, November 29, 2011

waHai peMiLik tuLaNg RusuKku . . .

 CINTA ITU RAHSIA HATI, RAHSIA ALLAH . . . 


Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya . . .  Jika dialah yang TERBAIK unyuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana . .  . jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat . . .  





Tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA, tidaK 

mengungkap  

JANJI, tidak bermadah CINTA, cukuplah kata MENGINGAT 

Allah,

 cukuplah NASIHAT serta TEGURAN, cukuplah aku tahu 

dirimu 

punya AGAMA dan IMAN..soal HATI dan PERASAAN biar 

masa

 menentukan..hati kita Allah yang PUNYA, hati kita Allah 

yang 

JAGA..BERDOALAH kerana itu SENJATA kita..andai 

TAKDIR

 hidup bersama, pasti Allah PERMUDAHKAN JALANNYA . .





✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..




Izinkan aku MENGUNDUR DIRI, kerana aku TAKUT hati ini TERSASAR dari landasan cintaNya..izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh HARAPAN pada sesuatu yang tidak pasti..izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri ini TIDAK SETANDING kamu, aku tahu tahap IMANKU..namun aku TIDAK TAHU tahap iman kamu..yang pasti, tahap iman kamu jauh LEBIH TINGGI daripada tahap imanku yang cuma secebis . . .


firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu . . . dan bolah jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . . . "



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah . . .


Assalamualaikum . . . . Salam Maal Hijrah . . . Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433H . . . berakhir sudah tahu 1432H, tahun baru kini menjelma . . . sudah pastinya azam baru, yang pasti semuanya ingin menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam . . . 

Setiap insan inginkan perubahan, dari susah kepada senang, dari sedih kepada gembira, dari kegagalan kepada kejayaan dan dari jahat kepada baik . . . 

HIJRAH ITU PENGORBANAN . . . . 
HIJRAH ITU PERJUANGAN . . . .

Hijrah bukan semestinya bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat seperti yang berlaku dalam peristiwa Hijrah zaman Rasulullah S.A.W . . . . ianya juga merangkumi penghijrahan dari aspek kehidupan, iman, taqwa, komitmen, dan perhubungan, hablumminallah hablumminannas . . . . 

tak semuanya yang kita inginkan, kita akan dapat mencapainya . . . segalanya memerlukan pengorbanan dan perjuangan . . . 


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

maksudnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

oleh itu, setiap tingkah laku dan perbuatan seseorang itu bergantung kepada niat seseorang . . . jika baik niatnya, insyaAllah baiklah ganjaran nya, begitu juga sebaliknya . . . . 

sempena Tahun Baru Hijrah ini, sama2 lah kita meningkatkan iman & taqwa menuju keredhaan Allah Azza Wa Jalla . . . semoga azam baru kita mampu dicapai dengan usaha & tawakkal yang istiqomah . . . . 


SALAM MAAL HIJRAH,
Nurafiqah . . . . :)

Saturday, November 19, 2011

R.E.D.H.A


" Ya Allah, hiburkanlah aku dengan redhaMu dan sabar dengan setiap ujian yang Kau turunkan . . ."





Kadang kadang manusia terlupa bahawa ada insan yang sedang memerhatikan nya, walaupun dia cuba menyembunyikan diri dari insan tersebut . . . 
Kadang kadang manusia terlupa bahawa ALLAH telah menghadirkan insan yang dia sayangi dan ALLAH berhak untuk mengambilnya kembali . . . 
Kadang kadang manusia terlupa bahawa ada insan yang sentiasa mendoakan nya dalam setiap ibadah yang dilakukannya . . . 


Sabda Rasulullah s.a.w  
Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )


Setiap apa yang berlaku, semuanya memiliki sebab dan kesan yang tersendiri . . . . ya, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian . . . ALLAH tidak menjadikan bumi ini sia sia, ALLAH tidak menjadikan manusia di dunia ini tanpa tujuan, dan ALLAH menjadikan sesuatu takdir yang sudah tersurat sejak azali lagi dengan sebab yang tertentu . . . kenapa ? ? sebab ALLAH sangat sayangkan hambaNya . . . .


Semakin beriman seseorang itu, semakin melimpah ujian dan rahmat terhadapnya . . .

 Namun, ALLAH tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak sanggup dibebaninya . . . 


Kita hanyalah insan biasa yang hanya menumpang sementara di dunia untuk kekal di akhirat sana kelak . . . 
Ya Allah, sinarilah hati kami dengan keimanan, pancarkanlah cahaya keredhaanMu untuk bekalan kami di hari akhirat kelak . . . Sesungguhnya, aku tidak mampu menduga ujianMu, cuma hanya berlapikkan keimananku, aku sanggup menghadapinya . . . . 






La Tahzan :: PieQah aFa$y . . . . .

Monday, November 14, 2011

CukupLah aKu menCinTainya daLam diAm . . .



" Ana uhiBBuKa FiLLah ? ? "



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
 


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya . . 



"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)



If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)





Tuesday, November 1, 2011

R.A.P.U.H




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Friday, October 21, 2011

HiDup tAk SemPuRna TanpA keHadiRan SAHABAT......

aritok minggu ke-2 aku start praktikal.. syukur Alhamdulillah aku dpt belajar banyak ilmu, semoga dapat menjadi pengalaman yang bermakna buat aku.. but the thing is, I REALLY FEEL LONELY, because I'M ALONE.. i really miss my friends.. HANI, MIA, PIYAH, DODOT, EZRA & EKIN.. rindu gila ngan ktk org.. mun kat uitm, tiap pagi petang siang malam sentiasa bersama, study sama, nangis sama, poret sama, tetak sama.. all together..

kami diibaratkan seperti isi dan kuku, memang x dpt dipisahkan lagi.. aku bertuah memiliki sahabat seperti kalian kerana tanpa kalian, hidup ini seperti kosong dan sepi.. ya Allah, rasa x tertahan rindu yg dipendam tok.. aku tahu ktk org mesti rindu ngan kmk nak... :p

rindu setiap saat kita bersama, terlalu banyak kenangan yang tercipta sehinggakan aku mengalirkan airmata mengenangkan kalian..


#sahabat, ku rindukanmu#


#teringat saat dahulu#


#happy day#


sesungguhnya, aku sangat merindui dan menyayangi mereka.. kalian la sahabat aku dunia akhirat... SARANGHAEYO... :))



Wednesday, September 14, 2011

Allah mengatur segala-galanya . . . . .






Ya ALLAH,kau biarkan aku jatuh cinta padanya tetapi kau tak memberi keserasian hati bersamanya..aku berjaya menawan dirinya tetapi aku gagal memiliki hatinya..
Ya ALLAH,
kasihanilah aku..sekiranya kau tak mahu aku bahagia dengannya biarkan kami berpisah..tetapi jika kebahagiaan sedang menanti untuk aku & 


dia, berilah jalan agar kami bertemu apa yang dicari..
Ya Allah,
Kenapa dia yg Kau hadirkan dalam hidupku andai dia adalah insan yg selalu menyakiti hatiku....
Kenapa dia yg Kau utuskan dalam hatiku andai dia adalah insan yg telah membuat hatiku tawar..

Ya Allah,
Sesungguhnya, hanya Kau yg mengerti perasaan ini..
Bimbinglah aku ke jalan kesabaran...
Berkatilah aku, berikan aku kebahagiaan dunia akhirat..
Aku bertawakkal kepadaMu...


Wednesday, June 1, 2011

Al Quran sahabatku dunia akhirat . . .



aku sayang Al Quran, aku mencintai kitab Al Quran . . . aku ingin berjuang untuk berkat Al Quran . . . 

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.



setiap kali membaca Al Quran, jiwa akan menjadi tenang . . . terhapus segala keraguan, kesedihan dan kegelisahan . . . setiap kali membaca Al Quran, aku merasa bertuah kerana aku dilahirkan sebagai hamba Allah yang tahu tentang Al Quran . . . masih terdapat lagi manusia2 yang masih tidak tahu membaca Al Quran . . . hal ini lebih menyedihkan kerana bukankah Al Quran itu diturunkan kepada umat Islam sebagai pendamping kita dunia akhirat . . . 


minat ku pada ilmu Al Quran, terutamanya dalam bertarannum amat mendalam . . . aku tak pernah jemu menuntut ilmu dari guruku, ayahku, kakakku dan adikku . . . menyertai Majlis Tilawah Al Quran pada setiap tahun memang rutin hidupku . . . pengalaman banyak memajukan diri aku terutama perasaan gentar semasa berada di atas astaka sebelum membaca Al Quran . . . subhanallah , , alhamdulillah , , aku bersyukur kerana aku menjadi insan terpilih di atas muka bumi ini untuk memiliki ilmu tersebut . . . impian aku hanya ingin menjadi qariah yang mampu menjadi kebanggaan ayah dan ibuku . . . 


dengan berkat dan zat Al Quran juga, kini aku berjaya membuka kelas bimbingan Al Quran di rumahku sendiri, bilangan anak muridku juga mencecah 30 orang . . . kini aku ingin memperluaskan lagi kerjayaku, dengan niat ingin berkongsi ilmu dengan adik-adik dan kawan-kawan di luar sana . . . 


 “Barangsiapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah, nescaya diberikan kepadanya kefahaman mendalam dalam agama”. 






semoga anugerah yang diberikan Allah kepadaku ini akan menjadi perangsang untuk aku terus memartabatkan Al Quran dalam hidup ku . . . 



Thursday, May 26, 2011

Aku Cuma An Nisaa'






Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah Sehingga dirinya digelar afifah solehah Dialah wanita pertama . .Tiada ragu mengucap syahadah Pengorbanan bersama Rasulullah . . Susah senang bersama . . Walau hilang harta kerana berdakwah . . Walau dipulau 3 tahun 3 bulan . . Imannya sedikit pun tak berubah . . Mampukah aku setabah dirinya? Andai diuji sedikit sudah rebah.. Baru dihina sudah mengalah Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..


Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah . . Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya . . Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda . . Anak yang semulia peribadi baginda . . Tangannya lah yang membersihkan luka . . Tangannya jua yang membersihkan cela . . Pada jasad Rasulullah tercinta . . Gagahnya dirinya pada dugaan Mampukah aku sekuat Fatimah?Saat diri terluka dendam pula menyapa Saat disakiti maki pula mengganti Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..  
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah . . Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa . . Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia . . Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan . . Mampukah sabarku seperti mereka? Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada . . 

 Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah . . Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih . . Kerana yakin Allah pasti disisi Sabarkan aku seperti sumaiyah Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh . . 

Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim . . Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman . . Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah . . Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami . . Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah . . 


Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya . . Tingginya nilai cinta pada harga Iman Mampukah aku menatap cinta itu? Sedangkan rupa yang menjadi pilihan Ketulusan Iman diketepikanYa Allah.. Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira , Isteri termuda Rasulullah . . Biar dilempar fitnah, Dia tetap teguh pada ketetapanNya Isteri sejati yang memangku Nabi Pada saat terakhir bagindaHadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan . .  Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..  

Mampukah aku contohi dirinya? Pada fitnah yang melanda Diri mula goyah dan putus asaTeguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid Anak keduanya turut syahid Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta . . Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad Ya Allah.. Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad? Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah Berikan aku kekuatan sepertinya.. Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman . . Dimana Aurat semakin dibuka terdedah, Dimana syahadah hanya pada nama, Dimana Dunia yang terus dipuja, Dimana nafsu fana menjadi santapan utama, Dimana batas sentiasa dileraikan, Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa  
Kita cuma An-Nisaa Para pendosa yang terbanyak di neraka . . Lantas walau tak setabah para Mujahidah , Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga.. Bicara dari An-Nisaa yang hina.. Makbulkan doaku..
Aamiin..