Thursday, May 26, 2011

Aku Cuma An Nisaa'






Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah Sehingga dirinya digelar afifah solehah Dialah wanita pertama . .Tiada ragu mengucap syahadah Pengorbanan bersama Rasulullah . . Susah senang bersama . . Walau hilang harta kerana berdakwah . . Walau dipulau 3 tahun 3 bulan . . Imannya sedikit pun tak berubah . . Mampukah aku setabah dirinya? Andai diuji sedikit sudah rebah.. Baru dihina sudah mengalah Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..


Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah . . Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya . . Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda . . Anak yang semulia peribadi baginda . . Tangannya lah yang membersihkan luka . . Tangannya jua yang membersihkan cela . . Pada jasad Rasulullah tercinta . . Gagahnya dirinya pada dugaan Mampukah aku sekuat Fatimah?Saat diri terluka dendam pula menyapa Saat disakiti maki pula mengganti Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..  
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah . . Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa . . Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia . . Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan . . Mampukah sabarku seperti mereka? Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada . . 

 Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah . . Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih . . Kerana yakin Allah pasti disisi Sabarkan aku seperti sumaiyah Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh . . 

Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim . . Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman . . Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah . . Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami . . Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah . . 


Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya . . Tingginya nilai cinta pada harga Iman Mampukah aku menatap cinta itu? Sedangkan rupa yang menjadi pilihan Ketulusan Iman diketepikanYa Allah.. Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira , Isteri termuda Rasulullah . . Biar dilempar fitnah, Dia tetap teguh pada ketetapanNya Isteri sejati yang memangku Nabi Pada saat terakhir bagindaHadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan . .  Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..  

Mampukah aku contohi dirinya? Pada fitnah yang melanda Diri mula goyah dan putus asaTeguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid Anak keduanya turut syahid Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta . . Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad Ya Allah.. Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad? Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah Berikan aku kekuatan sepertinya.. Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman . . Dimana Aurat semakin dibuka terdedah, Dimana syahadah hanya pada nama, Dimana Dunia yang terus dipuja, Dimana nafsu fana menjadi santapan utama, Dimana batas sentiasa dileraikan, Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa  
Kita cuma An-Nisaa Para pendosa yang terbanyak di neraka . . Lantas walau tak setabah para Mujahidah , Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga.. Bicara dari An-Nisaa yang hina.. Makbulkan doaku..
Aamiin..


Tuesday, May 24, 2011

More Than Words . . .














Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me 


Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words . . .

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words . . . . 






Sunday, May 22, 2011

Antara Sabar dan Mengeluh . . .





Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." 


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" 


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.



 Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" 
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: 
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."


Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)




Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah . . . 










Wednesday, May 18, 2011

Airmata VS Wanita ::




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis... 



Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Insan yang bernama lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”


kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..





Saturday, May 14, 2011

Muslimin, belajarlah mengenali muslimah ::






Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

wallahu'alam...







Thursday, May 5, 2011

La Tahzan . . .






Jangan berdukacita selagi anda beriman kepada Allah . . . ”Tidak akan patah kemudi iman jika mulus nakhodanya di layar akidah . . . . “
dengan keimanan, manusia akan dapat mencapai bahagia, dengan kebingungan dan keraguan seseorang kepada Allah, sengsaralah bagi nya . . .  sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar . . . berdoalah dan memintalah pada Allah kerana Dia lah yang memiliki segalanya . . . dalam firmanNya :
“Kalaulah kiranya Allah mengetahui kebaikan yang ada pada mereka, tentulah Allah akan menjadikan mereka mendengar”
( Surah Al Anfal : 23 )
Jangan berdukacita, kerana sabar terhadap hal yang tidak disukai dan kesusahan adalah jalan menuju kejayaan . . .
” Dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu”
( Surah Luqman : 17 )
Sesiapa yang selalu membiasakan dirinya untuk bersabar maka Allah akan membuatnya menjadi penyabar . . . kesusahan itu akan mengelokkan jiwa sebanyak hidup yang dirosaknya . . Manakala kesenangan akan merosak jiwa sebanyak hidup yang diperbaikinya . . . oleh itu, jangan berdukacita kerana musibah, sebab anda tidak tahu hikmah di sebaliknya . . .
Ingatlah pada Allah, kerana dengan mengingati Allah akan membuat hati tenteram . . . kejujuran itu kekasih Allah . . . keterusterangan itu sabun pencuci hati . . . pengalaman itu bukti . . . dan seorang penunjuk jalan tidak akan membohongi rombongannya . . . tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah  . . . .
Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumi-Nya . . . maka sesiapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurga-Nya di akhirat nanti . . . berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kebimbangan, kesedihan, kekesalan dan kegoncangan . . . dan zikir itulah jalan pintas paling mudah untuk mencapai kemenangan dan kebahagiaan yang sebenar . . . .
LA TAHZAN~
wassalam . . . . :)