Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah . . .


Assalamualaikum . . . . Salam Maal Hijrah . . . Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433H . . . berakhir sudah tahu 1432H, tahun baru kini menjelma . . . sudah pastinya azam baru, yang pasti semuanya ingin menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam . . . 

Setiap insan inginkan perubahan, dari susah kepada senang, dari sedih kepada gembira, dari kegagalan kepada kejayaan dan dari jahat kepada baik . . . 

HIJRAH ITU PENGORBANAN . . . . 
HIJRAH ITU PERJUANGAN . . . .

Hijrah bukan semestinya bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat seperti yang berlaku dalam peristiwa Hijrah zaman Rasulullah S.A.W . . . . ianya juga merangkumi penghijrahan dari aspek kehidupan, iman, taqwa, komitmen, dan perhubungan, hablumminallah hablumminannas . . . . 

tak semuanya yang kita inginkan, kita akan dapat mencapainya . . . segalanya memerlukan pengorbanan dan perjuangan . . . 


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

maksudnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

oleh itu, setiap tingkah laku dan perbuatan seseorang itu bergantung kepada niat seseorang . . . jika baik niatnya, insyaAllah baiklah ganjaran nya, begitu juga sebaliknya . . . . 

sempena Tahun Baru Hijrah ini, sama2 lah kita meningkatkan iman & taqwa menuju keredhaan Allah Azza Wa Jalla . . . semoga azam baru kita mampu dicapai dengan usaha & tawakkal yang istiqomah . . . . 


SALAM MAAL HIJRAH,
Nurafiqah . . . . :)

No comments: