Tuesday, November 29, 2011

waHai peMiLik tuLaNg RusuKku . . .

 CINTA ITU RAHSIA HATI, RAHSIA ALLAH . . . 


Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya . . .  Jika dialah yang TERBAIK unyuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana . .  . jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat . . .  





Tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA, tidaK 

mengungkap  

JANJI, tidak bermadah CINTA, cukuplah kata MENGINGAT 

Allah,

 cukuplah NASIHAT serta TEGURAN, cukuplah aku tahu 

dirimu 

punya AGAMA dan IMAN..soal HATI dan PERASAAN biar 

masa

 menentukan..hati kita Allah yang PUNYA, hati kita Allah 

yang 

JAGA..BERDOALAH kerana itu SENJATA kita..andai 

TAKDIR

 hidup bersama, pasti Allah PERMUDAHKAN JALANNYA . .





✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..




Izinkan aku MENGUNDUR DIRI, kerana aku TAKUT hati ini TERSASAR dari landasan cintaNya..izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh HARAPAN pada sesuatu yang tidak pasti..izinkan aku mengundur diri, kerana aku tahu diri ini TIDAK SETANDING kamu, aku tahu tahap IMANKU..namun aku TIDAK TAHU tahap iman kamu..yang pasti, tahap iman kamu jauh LEBIH TINGGI daripada tahap imanku yang cuma secebis . . .


firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu . . . dan bolah jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . . . "



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah . . .


Assalamualaikum . . . . Salam Maal Hijrah . . . Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433H . . . berakhir sudah tahu 1432H, tahun baru kini menjelma . . . sudah pastinya azam baru, yang pasti semuanya ingin menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam . . . 

Setiap insan inginkan perubahan, dari susah kepada senang, dari sedih kepada gembira, dari kegagalan kepada kejayaan dan dari jahat kepada baik . . . 

HIJRAH ITU PENGORBANAN . . . . 
HIJRAH ITU PERJUANGAN . . . .

Hijrah bukan semestinya bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat seperti yang berlaku dalam peristiwa Hijrah zaman Rasulullah S.A.W . . . . ianya juga merangkumi penghijrahan dari aspek kehidupan, iman, taqwa, komitmen, dan perhubungan, hablumminallah hablumminannas . . . . 

tak semuanya yang kita inginkan, kita akan dapat mencapainya . . . segalanya memerlukan pengorbanan dan perjuangan . . . 


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

maksudnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

oleh itu, setiap tingkah laku dan perbuatan seseorang itu bergantung kepada niat seseorang . . . jika baik niatnya, insyaAllah baiklah ganjaran nya, begitu juga sebaliknya . . . . 

sempena Tahun Baru Hijrah ini, sama2 lah kita meningkatkan iman & taqwa menuju keredhaan Allah Azza Wa Jalla . . . semoga azam baru kita mampu dicapai dengan usaha & tawakkal yang istiqomah . . . . 


SALAM MAAL HIJRAH,
Nurafiqah . . . . :)

Saturday, November 19, 2011

R.E.D.H.A


" Ya Allah, hiburkanlah aku dengan redhaMu dan sabar dengan setiap ujian yang Kau turunkan . . ."





Kadang kadang manusia terlupa bahawa ada insan yang sedang memerhatikan nya, walaupun dia cuba menyembunyikan diri dari insan tersebut . . . 
Kadang kadang manusia terlupa bahawa ALLAH telah menghadirkan insan yang dia sayangi dan ALLAH berhak untuk mengambilnya kembali . . . 
Kadang kadang manusia terlupa bahawa ada insan yang sentiasa mendoakan nya dalam setiap ibadah yang dilakukannya . . . 


Sabda Rasulullah s.a.w  
Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )


Setiap apa yang berlaku, semuanya memiliki sebab dan kesan yang tersendiri . . . . ya, pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian . . . ALLAH tidak menjadikan bumi ini sia sia, ALLAH tidak menjadikan manusia di dunia ini tanpa tujuan, dan ALLAH menjadikan sesuatu takdir yang sudah tersurat sejak azali lagi dengan sebab yang tertentu . . . kenapa ? ? sebab ALLAH sangat sayangkan hambaNya . . . .


Semakin beriman seseorang itu, semakin melimpah ujian dan rahmat terhadapnya . . .

 Namun, ALLAH tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak sanggup dibebaninya . . . 


Kita hanyalah insan biasa yang hanya menumpang sementara di dunia untuk kekal di akhirat sana kelak . . . 
Ya Allah, sinarilah hati kami dengan keimanan, pancarkanlah cahaya keredhaanMu untuk bekalan kami di hari akhirat kelak . . . Sesungguhnya, aku tidak mampu menduga ujianMu, cuma hanya berlapikkan keimananku, aku sanggup menghadapinya . . . . 






La Tahzan :: PieQah aFa$y . . . . .

Monday, November 14, 2011

CukupLah aKu menCinTainya daLam diAm . . .



" Ana uhiBBuKa FiLLah ? ? "



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
 


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya . . 



"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)



If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)





Tuesday, November 1, 2011

R.A.P.U.H




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu