Monday, October 29, 2012

Muhasabah Diri . . .






manusia hanyalah manusia . . .

Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia, jika dia bertaubat nasuha, jika ibu bapa redha mengampunkannya, jika Allah juga redha dan mengampunkannya, jika manusia yang pernah dijahatinya juga redha dan memaafkannya, insyaAllah, ALLAH juga akan mengampunkannya dan meletakkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya di tempat yang mulia dan sewajarnya.. 
Jangan buang masa menilai dan menghisab diri orang lain.. Nilai dan hisablah diri kita sendiri sebab tiada siapa yang tahu di manakah tempat kita di sana nanti.. 
Jangan berangan-angan untuk menghuni syurga kalau di hati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita.. Tiada siapa yang layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga..





aku rindu mak ayah . . .

Allah Ta’ala tidak mencipta wajah aku persis mak dan ayah semata-mata atas alas an saintifik.. aku percaya wajah aku dilukis begini supaya setiap kali aku renung cermin, aku Nampak wajah mak dan ayah.. lalu tidak kira ke mana aku pergi, aku membawa mak dan ayah bersama.. dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu dan bapa, kerana pada waktu itu, mereka mungkin sudah tiada, dan ALLAH tahu kita rindu; kita perlu lihat wajah mereka..




musibah itu indah . . .

Yang BAIK-BAIK itu tidak semestinya hanya pada yang INDAH-INDAH.. Jika kita yakin pada kasih dan rahmat Allah, setiap MUSIBAH juga akan dipandang INDAH..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan.. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut.. Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan tertindas orang lain.. Amin..