Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan124,
000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang
dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan
makhluk yang lebih
baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua
rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000
tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail,
kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan
solat dua rakaat
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu,
sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah
yang Engkau hadiahkan kepada mereka
sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai
tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah
untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail
as mendapat izin dari Allah SWT
maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya
dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya,
atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang
selama 3000 tahun dan meskipun aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan
yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak
akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada
umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya
yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul
Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
No comments:
Post a Comment