Segala pujian bagi-Mu Ya ALLah,Tuhan Yang Maha
Pengasih.Selawat dan salam buat kekasih-Mu,Nabi Muhammad S.A.W,keluarga serta
sahabat baginda S.A.W.
Ya ALLAH,
Sunyi malam ciptaan-Mu telah
menggamit hatiku untuk meluahkan pendaman yang telah lama kusimpan.Tenang angin
hembusan malaikat-Mu menaikkan rasa sayu dan menambahkan keinginanku terhadap
maghfirah-Mu.Namun aku sedar siapalah diri ini.Terlalu kecil untuk dipandang,terlalu
hina untuk dikasihi,terlalu kotor untuk didampingi Tuhan Yang Maha Agung.
Tuhanku,
Jika dahulu,titisan air mata
kekesalan sering dititiskan untuk-Mu,namun kini aku tercari-cari kemana
hilangnya.pastinya segala dendaman dosa telah menjadi kubu dan menghalang diri
ini memperoleh ketenangan hakiki.Jika dahulu,kerap kali lidah ini memohon
keampunan-Mu,tetapi kini anggota ini banyak sekali menyumbang dosa,kata-kata
dusta dan sia-siamenjadi hiasan lisan yang meragut kesucian iman dan aku semakin
tenggelam dalam lautan mungkar dan noda.
Ya Rahman,
Terasa benar hati ini sekeras batuan
dipantai.Kalimah suci dari kitab-Mu tidak lagi berkesan untuk memberi keinsafan
pada diri ini.bingkisan nasihat dan teguran langsung tidak melekat pada dinding
hati ini sebagai peningkat tahap keimanan kepada-Mu.sekalipun aku sedar,namun
diri ini terlalu berat untuk memohon keampunan-Mu.Kadang-kala aku lupa,lalai
dan selalu merasa sukar untuk mencapai keikhlasan dalam panjatan doa-doa
seharian kepada-Mu.
Ya Jabbar,
Segala perlakuan dan kata-kata
dilontar tanpa menyedari Engkau Maha Melihat dan Maha Mendengar.Ibadat yang
dilakukan tiada didahului dengan keinginan memperolehi REDHO-MU.Aku seumpama
melangkah jauh dari-Mu dan hakikatnya Engkau tidak pernah lupa padaku.Terbukti
apabila nikmat dan kurniaan dari-MU kekal Engkau anugerahkan.Pelbagai bentuk
ujian Engkau turunkan agar diri ini sedar segala kesilapan dan kembali
mendekati-MU.Dan disinilah aku berteleku diatas hamparan usang menghadap
kiblat-Mu,memohon keampunan yang tidak pasti kumiliki.
Ya Rahim,
Hinanya hamba-Mu ini…..Ya
ALLAH,apabila jasad dan hati ini tidak tahan dengan ujian barulah diri-Mu
didekati.Kemanakah hilangnya ikrar dan janji yang dilafazkan setiap hari untuk
bergantung dan berserah diri kepada ALLAH setiap masa dan ketika?Adakah
NERAKA-MU yang bakal dihuni kerana keingkaran diri daripada menurut
perintah-Mu.NA”UZUBILLAHI MIN ZAALIK….. JAUHKAN AKU DARI SEKSA-MU YANG
PEDIH……..
Ya Aziz,
Entah sampai bila aku harus
berterusan begini…Kekadang patuh dan menumpahkan sepenuh cinta
kepada-Mu.Kekadang berlaku mungkar dan khianat pada janji sebagai hamba dan
khalifah-Mu.Tetapkanlah IMAN DIHATI INI YA ALLAH…Dan bantulah aku untuk
melakukan segala amanah sebagai hamba-Mu dan KHALIFAH dimuka bumi-Mu.Lenturkanlah
kekerasan hati ini dan kurniakanlah KEREDHOAN-MU…….
Ya ALLAH,
Terimalah sebenar-benar pengakuan
yang dilafazkan oleh hamba-Mu yang kejahilan ini.Seandainya hidupku ini hanya
menambah MURKA-Mu dan membebankan diri ini dengan tanggungan dosa,Engkau
bantulah diri ini untuk berubah kepada yang lebih baik.Sekiranya mati itu lebih
baik bagiku,Engkau matikanlah aku dalam HUSNUL KHOTIMAH………Sesungguhnya
Engkaulah TUHAN YANG MAHA MENGABULKAN SEGALA DOA DAN PERMINTAAN
HAMBA-MU………………………..
…….........AMIN YA RABBAL'ALAMIIN…….........
No comments:
Post a Comment