Sunday, April 28, 2013

Mutiara Hati ♥

Berkongsi benda yang baik, in shaa Allah sama-sama kita beroleh kebaikan dariNya.. Amiin.

"Berwudhuk mampu menghapuskan dosa2 kecil jika dilakukan dgn sempurna. Belum lagi kita berkomunikasi dgn Allah melalui solat. Indahnya Islam."

"Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita,selagi kita bernyawa,kita tetap berpeluang menjadi AHLI SYURGA.Jangan berputus asa"

"Mendengar alunan suara orang yang mengaji al-Quran pun sudah mampu buat kita tenang , apatah lagi jika kita sendiri yang membacanya."

"Serahkan hati kepada manusia,manusia sering kali melukainya tetapi serahkan hati kepada Allah.Dia pasti akan merawat dan mengubatinya."

"Bertudunglah walau terpaksa.Solatlah walau terpaksa.Puasalah walau terpaksa.Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

" Jαngαn mαlu untuk menulis tentαng Islαm wαlαupun sepotong αyαt. Mαnα tαhu dengαn sepotong αyαt itu berjαyα menyentuh hαti pembαcαnyα "

"Kecantikan di atas muka bumi ini hanyalah sementara sahaja. Cantik di mata manusia belum cantik di mata Allah.

♥ Perbaiki penampilan diri. Teguhkan iman. Jaga peribadi 




Hidup di dunia ini, tak semua yang kita buat orang suka. Kadang-kadang mereka dengki akan kebaikan yang kita buat, lalu telunjuk syaitan mereka turuti. Na'uzubillahi minzalik. Teruskanlah berbuat kebaikan walaupun secalit kerana setitik dosa sudah mampu membuat Allah murka, begitu juga dengan setitik kebaikan sudah mampu membuat pintu syurga terbuka.


Mutiara kata di atas saya petik dari beberapa sumber yang boleh kita renungkan bersama. Barakallahufikum.







No comments: