manusia hanyalah manusia . . .
Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia, jika dia bertaubat
nasuha, jika ibu bapa redha mengampunkannya, jika Allah juga redha dan
mengampunkannya, jika manusia yang pernah dijahatinya juga redha dan
memaafkannya, insyaAllah, ALLAH juga akan mengampunkannya dan meletakkan
sesiapa sahaja yang dikehendakiNya di tempat yang mulia dan sewajarnya..
Jangan buang masa menilai dan menghisab diri orang lain.. Nilai dan hisablah diri kita sendiri sebab tiada siapa yang tahu di manakah tempat kita di sana nanti..
Jangan berangan-angan untuk menghuni syurga kalau di hati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita.. Tiada siapa yang layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga..

aku rindu mak ayah . . .
Allah Ta’ala tidak mencipta wajah aku persis mak dan ayah
semata-mata atas alas an saintifik.. aku percaya wajah aku dilukis begini
supaya setiap kali aku renung cermin, aku Nampak wajah mak dan ayah.. lalu
tidak kira ke mana aku pergi, aku membawa mak dan ayah bersama.. dan bila kita
semakin tua, wajah kita semakin iras ibu dan bapa, kerana pada waktu itu,
mereka mungkin sudah tiada, dan ALLAH tahu kita rindu; kita perlu lihat wajah
mereka..
musibah itu indah . . .
Yang BAIK-BAIK itu tidak semestinya hanya pada yang
INDAH-INDAH.. Jika kita yakin pada kasih dan rahmat Allah, setiap MUSIBAH juga
akan dipandang INDAH..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari
kesulitan dan kesedihan.. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan
kemalasan.. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut..
Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan tertindas orang lain..
Amin..